Kong Chong Ha Dilantik Setiausaha Agung MCA Yang Baru

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini dilantik sebagai setiausaha agung manakala Datuk Seri Tan Chai Ho sebagai bendahari agung MCA.

Selain itu, Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik semula dalam Majlis Presiden selepas kedua-dua mereka dipecat oleh bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat November lepas.

Pelantikan mereka dalam Majlis Presiden adalah berdasarkan kedudukan masing-masing sebagai ketua sayap MCA itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketika mengumumkan pelantikan itu di sini hari ini, menggesa semua pemimpin dan anggota menumpukan kepada usaha memperkukuhkan parti selepas mengharungi krisis dalaman untuk sekian lama.

Terdahulu itu, Dr Chua mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA yang pertama selepas pemilihan semula kepimpinan pusat pada 28 Mac lalu.

Mesyuarat itu juga menamakan pengerusi perhubungan negeri MCA dan anggota Lembaga Disiplin MCA.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung pula dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Datuk Edward Khoo Keok Hai adalah Timbalan Bendahari Agung yang baru.

Khoo turut dilantik menganggotai Jawatankuasa Pusat parti.

Dr Chua juga mengumumkan Datuk Tee Siew Keong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Urusetia Kebangsaan yang baru manakala timbalannya ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Saei Kie.

Selain Khoo, lapan anggota Jawatankuasa Pusat yang baru ialah timbalan Ketua Pemuda Datuk Mah Hang Soon, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam, Senator Khoo Soo Seang, Datuk Koar Kay Huay, Datuk Ei Kim Hock, Datuk Tan Chin Meng dan Lau Chiek Tuan.

Pengerusi perhubungan negeri yang baru ialah Dr Poh Choo Chor (Perlis), Datuk Chong Itt Chew (Kedah), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Pulau Pinang dan Kelantan), Datuk Donald Lim (Selangor), Dr Chua (Perak dan Johor), Dr Yeow (Negeri Sembilan), Datuk Gan Tian Loo (Melaka), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Pahang) dan Toh Chin Yaw (Terengganu).

Dr Chua berkata kedudukannya dan timbalannya, Liow bagi Perak dan Pahang hanya sementara bagi menstabilkan keadaan di kedua-dua negeri itu manakala pelantikan Ng bagi Pulau Pinang dan Kelantan adalah atas permintaan untuk pemimpin dari pusat parti.

Dalam Majlis Presiden, selain presiden, timbalan presiden, setiausaha agung, empat naib presiden, setiausaha agung dan pengerusi jawatankuasa urusetia kebangsaan, lapan anggota baru juga turut dilantik.

Mereka adalah Datuk Lee Chee Leong, Datuk Wee Jeck Seng, Dr Hou, Heng, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Chua Tee Yong, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn dan Loh Seng Kok.

Dr Chua berkata tiga pemimpin masyarakat Cina iaitu presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri William Cheng, presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zhong), Tan Sri Pheng Yin Huah dan pengerusi Persatuan Tujuh Kesukuan Utama Malaysia Datuk Koong Heng Sze turut dipelawa menghadiri mesyuarat Majlis Presiden.

"Mereka sanggup dan bersetuju dari semasa ke semasa untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden. Kami berpendapat input daripada mereka, khususnya berkaitan isu-isu semasa dan isu ekonomi adalah penting," katanya.

Sementara itu, lima anggota Lembaga Disiplin diketuai oleh Tan Sri Michael Chen dan timbalannya Datuk Lim Si Cheng.

Dr Chua berkata mesyuarat selama tiga jam itu turut membincangkan beberapa isu semasa termasuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Rancangan Malaysia ke-10.

Katanya MCA akan menganjurkan sebuah seminar mengenai Pelan Transformasi Kerajaan di Wisma MCA di sini pada 15 April ini.

Seminar itu dijangka dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan