K'jaan Utamakan Sumber Air Permukaan Daripada Bawah Tanah

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap mengutamakan sumber air permukaan daripada air bawah tanah sebagai sumber air mentah untuk kegunaan rakyat, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, kerajaan mempunyai pelbagai langkah kontigensi dalam mengatasi masalah krisis air terutamanya dalam musim-musim kemarau.

"Kerajaan memang mempunyai langkah-langkah kontigensi sama ada langkah jangka pendek atau jangka panjang untuk atasi masalah krisis air terutamanya dalam musim-musim kemarau ini.

"Bercakap pasal sumber air bawah tanah, sebenarnya kita lebih utamakan surface water (air permukaan). Telaga ini ada digunakan di beberapa negeri seperti Kelatan, Perak dan Labuan. Bukan kita tidak benarkan (penggunaan air bawah tanah) tetapi sekarang ini kita utamakan sumber air permukaan," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang ingin tahu mengenai tindakan yang dilakukan kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan air.

Menjawab soalan tambahan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang ingin tahu tindakan kerajaan dalam mengatasi aktiviti pembalakan haram dikawasan tadahan air, Noriah berkata, selain kerajaan, kerajaan negeri juga adalah pihak yang berperanan penting memantau aktiviti berkenaan di negeri masing-masing.

Menjawab soalan asal Idris yang ingin tahu mengapa negara masih berhadapan dengan masalah kekurangan air, beliau berkata secara umumnya, sumber air mentah masih mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.

"Sejak kebelakangan ini, beberapa negeri telah mula mengalami masalah gangguan bekalan air berpunca dari keadaan cuaca panas dan kemarau yang berpanjangan. sekiranya ini berterusan, program catuan air terpaksa dilaksanakan bagi sesetengah kawasan di negeri tersebut.

"Dengan melaksanakan program catuan air secara terancang dan sistematik, kekusutan pengguna diharap akan dapat dikurangkan seminimum mungkin, sekurang-kurangnya bagi bekalan air yang dirawat bagi tujuan makan minum dan kebersihan diri akan dapat disediakan secukupnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan