JPJ Guna Alat Lebih Moden Kesan Kesalahan Pengguna Jalan Raya

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menggunakan peralatan 'Auto Light Plus' bagi mengukur tahap ketelusan cahaya bagi peraturan cermin gelap yang boleh berfungsi pada waktu siang dan malam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, sebanyak 150 unit alat berkenaan telah diedarkan kepada JPJ seluruh negara bagi penguatkuasaan terhadap kenderaan cermin gelap.

"Alat ini boleh berfungsi siang dan malam dengan sumber cahaya dalaman dan mempunyai kejituan ukuran," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pengurusan JPJ Malaysia di Akademi JPJ di Tiang Dua di sini, hari ini.

Berdasarkan peraturan sekarang, sesebuah kenderaan dibenarkan memasang cermin gelap dengan ketelusan cahaya tidak kurang daripada 70 peratus bagi cermin hadapan dan 50 peratus bagi cermin sisi dan belakang.

Solah berkata alat 'Auto Light Plus' itu adalah antara beberapa peralatan penguatkuasaan moden yang sedang digunakan JPJ bagi mengesan pengguna yang gagal mematuhi peraturan jalan raya, dalam tempoh singkat.

Beliau berkata, bagi penguatkuasaan kesalahan lebih muatan, JPJ memperkenalkan alat timbang mudah alih yang mudah dibawa dan digunakan di lokasi kesalahan dikesan walaupun di kawasan terpencil.

"Pada masa ini, kita mempunyai 47 buah alat timbang mudah alih ini bagi melengkapi 50 buah alat timbang kekal yang dipasang di stesen penguatkuasa di seluruh negara," katanya.

Katanya, anggota penguatkuasa JPJ juga dibekalkan 510 unit peralatan "Mobile Card Acceptance Device" (MCAD) bagi membolehkan mereka menyemak maklumat mengenai identiti pemandu dan kenderaan, jenis kesalahan dan senarai hitam.

"Semua 2,600 anggota penguatkuasa JPJ di seluruh negara turut dibekalkan dengan Key Ring Reader bagi membolehkan mereka membuat semakan maklumat dalam MyKad pengguna jalan raya," katanya.

Beliau berkata, setiap JPJ negeri juga dibekalkan sebuah lori penguatkuasa jenis "tailgate" antara kegunaannya bagi mengangkut motosikal yang disita semasa operasi.

Solah berkata, bagi terus memperkasakan tindakan penguatkuasaan, JPJ telah memohon peruntukan kira-kira RM63.34 juta bagi perolehan peralatan penguatkuasaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Peralatan berkenaan seperti 30 unit alat timbang mudah alih, 300 buah kenderaan baru, 300 unit MCAD, 12 unit trak tunda dan senjata api, tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan