Isu APCO Paksa Dewan Ditangguh Awal, Mahfuz Dirujuk Ke Jawatankuasa Hak

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu firma perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide yang menjadi mainan bibir pembangkang di Dewan Rakyat sejak pertengahan bulan lepas, menyebabkan persidangan hari ini ditangguh sejam lebih awal.

Segalanya bermula apabila Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima usul yang dibawa Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) untuk merujuk Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana dikatakan sengaja mengelirukan dewan apabila berulang kali menyebut 'Umno-Apco'.

Usul itu yang diluluskan selepas undian suara bagaimanapun dibantah barisan Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan tindakan Wan Junaidi tidak membenarkan usul dibahas mahupun memberi peluang kepada Mahfuz untuk membuat penjelasan.

Mahfuz sebelum itu membangkitkan rasa tidak puas hati pada kalangan Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan kerana asyik mencelah dengan ungkapan 'Umno-Apco' sepanjang persidangan berlangsung hari ini.

Cuba meredakan keadaan, Wan Junaidi menjelaskan walaupun dirujuk kepada jawatankuasa itu ianya tidak bermakna Ahli Parlimen berkenaan bersalah.

Ianya terpulang kepada penilaian dan keputusan jawatankuasa itu, katanya.

Namun barisan pembangkang terus menyuarakan bantahan mereka dan suasana semakin kecoh apabila sebahagian daripada mereka mula berdiri dan melaung-laungkan ungkapan 'Umno-Apco', memaksa Wan Junaidi menangguhkan dewan selama 15 minit.

Bagaimanapun suasana panas itu berterusan selepas persidangan disambung semula, dan cubaan Mahfuz untuk menjelaskan kedudukannya bagi mengelak daripada berhadapan dengan jawatankuasa tersebut juga ditolak oleh Wan Junaidi.

"Saya tak nak ulas lagi, minta Yang Berhormat Pokok Sena jelaskanlah pada jawatankuasa nanti. Jangan jelaskan pada saya, saya bukan pengerusi jawatankuasa itu nanti," katanya.

Memandangkan keadaan semakin kecoh Wan Junaidi kemudian memutuskan untuk menangguh persidangan itu pada pukul 6.15 petang iaitu kira-kira satu jam lebih awal.

Sebelum kekecohan itu, ahli Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan peringkat dasar.

Persidangan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan