Enam Punca Pengundi Tolak BN Selangor Pilihan Raya Umum Lepas

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenal pasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 sehingga negeri yang merupakan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.

Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, enam punca itu telah menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.

Beliau berkata, punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutamanya di kalangan hubungan parti komponen B Nitu sendiri.

"Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini hari ini.

Mohd Zin berkata, turut menjadi punca ialah pergolakan dalaman BN lebih dijadikan tumpuan berbanding usaha membina kekuatan parti itu sendiri selain khidmat dan pendekatan yang dilakukan BN lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

Beliau berkata, punca lain yang turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan pengundi terhadap BN ialah apabila BN ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

"Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda," katanya.

Selain enam punca itu, Mohd Zin berkata, semangat adik-beradik antara semua kaum di negara ini penting dalam memperkukuhkan kembali kedudukan BN di negeri itu jika benar-benar mahu memenangi kembali hati pengundi.

Katanya, semangat adik-beradik itu perlu untuk melakukan perubahan dalam B Ndi mana segala perkara yang diperjuangkan kaum Melayu perlu difahami kaum Cina dan India begitu juga sebaliknya.

"Melalui hubungan adik-beradik ini juga kita perlu sedar bahawa masalah orang Melayu adalah masalah orang Cina, masalah orang India dan begitulah juga apabila masalah orang Cina dan India adalah juga masalah orang Melayu," katanya.

Mohd Zin berkata, semua pihak perlu bersatu dan mesti sedia melakukan perubahan sejajar dengan slogan konvensyen hari ini, 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13'.

Pada sesi pagi konvensyen itu lebih 2,000 anggota parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP hadir dan dijangkakan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sebelah petang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan