Bekalan Gas Petronas Di Terengganu Tampung Permintaan Hingga 2021

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan gas luar pantai Petronas Gas Bhd di Terengganu sekarang dianggarkan dapat menampung permintaan hingga 2021, dengan tanda-tanda awal pengurangan dijangkakan menjelang 2017, demikian menurut sebuah firma penyelidikan.

"Selepas itu, bekalan gas baru dijangka diperoleh dari pembangunan gas asli cecair (LNG) Petronas di Australia, misalnya di Curtis Island, Australia," kata MIDF Research dalam satu nota penyelidikan.

Ia berkata, sumber-sumber yang diperoleh dari rantau itu oleh Petronas Gas sebahagian besarnya adalah gas jalur arang batu dan gas metana batu bara.

MIDF Research berkata Petronas Gas menepati jadualnya untuk menyiapkan loji kuasa 300 megawatnya yang berharga RM1.0 bilion, di Kimanis, Sabah menjelang 2013.

Firma penyelidikan itu juga berkata, operasi dan kerja-kerja penyenggaraan akan dilaksanakan melalui usaha sama 60:40 antara Petronas Gas dan Yayasan Sabah apabila siap kelak.

"Bekalan gas itu akan disalurkan dari medan laut dalam di luar pantai Sabah dan dipindahkan ke Kimanis sebelum disalurkan keluar ke kompleks LNG Bintulu menerusi Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak sepanjang 500 kilometer yang sedang dibina sekarang," jelasnya.

Apabila siap kelak, loji kuasa itu akan menyalurkan gas bagi memenuhi permintaan di Sabah, kata MIDF Research. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan