Sidang DUN Terengganu Tolak Usul Royalti Minyak

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mesyuarat pertama penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menolak usul penarikan royalti minyak yang dibawa oleh wakil pembangkang untuk dibincangkan dalam persidangan dewan.

Yang Dipertua DUN Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata walaupun isu berkenaan mustahak dan berkepentingan khusus namun ia tidak mustahak untuk dibincangkan dengan segera.

"Setelah meneliti secara menyeluruh dan khusus saya dapati isu yang dibangkitkan mengenai hal ini tidak perlu dibahaskan, pertamanya kerana perundingan mengenai royalti minyak antara kerajaan negeri dan pusat masih berjalan.

"Hak kerajaan negeri juga tidak dinafikan langsung seperti yang dibentangkan dalam usul tadi, dan selain itu juga isu ini masih lagi kes mahkamah dan tuntutan masih dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat, masih lagi belum ditarik balik dan masih berjalan.

"Perundingan sama ada di peringkat kepimpinan atau pegawai antara kerajaan negeri dan pusat juga sentiasa terbuka dan tidak ada penyisihan sebagaimana usul yang dibacakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menolak usul yang dibentangkan oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) yang mengemukakan usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DU NTerengganu.

Sebelum itu, Dr Syed Azman bangkit memohon mencadangkan bahawa persidangan itu hendaklah ditangguhkan mengikut fasa berkenaan bagi membolehkan dewan merundingkan isu penarikan balik royalti minyak yang berpanjangan hampir 10 tahun.

Katanya penarikan royalti minyak oleh kerajaan pusat daripada kerajaan Terengganu itu merupakan satu pencabulan kepada prinsip demokrasi, konsep federalisma serta melanggar perlembagaan negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan