Rosmah Deklamasi Puisi "Menapak ke Puncak'

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi menunjukkan bakatnya dengan mendeklamasikan puisi bertajuk 'Menapak Ke Puncak' pada majlis Malam Puisi Korporat Prihatin 1Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut dan mendeklamasikan puisi masing-masing adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beberapa tokoh korporat terkenal tanah air turut dijemput mendeklamasikan puisi antaranya Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Mohammed Shazali Ramly dan penerbit serta pengarah filem terkenal tanah air, David Teo.

Berikut adalah petikan puisi 'Menapak Ke Puncak' karya Rahman Shaari yang dideklamasikan oleh Rosmah.

Bersama kita jagai, bersama kita junjungi keluhuran budi, bersama kita lalui, bersama kita hadapi seluruh kemungkinan ini, pencapaian, pencapaian demikian melekat di hati, inilah jalan yang ditujui.

Menapak di pendakian hidup, tanpa ragu ketika terang atau redup, kita semakin mengenal hala, setiap yang tinggi tidak mengalpakan temannya yang bermula, setiap yang di bawah mendoakan kemajuan untuk semua.

Bersama kita tunjangi, Malaysia pendorong kejayaan,bersama kita hargai satu dalam kelainan.

Kita saling menghormati, saling membantu bukan iri, pengkhianatan dan syak, di kalbu tidak berpijak, ke hadapan kita bergerak, mengalah tidak.

Yang di atas menoleh memerhati, meramalkan keperluan, atau langsung meneliti bekalan: kurangkah atau kehabisan?

Setiap kita prihatin, gagah di lahir kukuh di batin, tidak kita relakan impian meruntuh tidak kita biarkan teman terjatuh.

Terus kita menapak, hingga tiba di satu puncak, 1Malaysia berdiri tegak.

Terdahulu ketika berucap, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Sohaimi Shahada berkata penganjuran Malam Puisi ini bertujuan menyatupadukan tokoh-tokoh korporat tanah air dalam menyemarakkan semangat 1Malaysia.

"Ini adalah satu titik tolak agar masyarakat dapat menilai puisi dengan baik, dan dapat merakyatkan seni budaya penulisan dan deklamasi puisi," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan