Polis Perak Keluar Notis Minta Ngeh Beri Keterangan

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis telah mengeluarkan notis meminta Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tampil memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa berlangsungnya persidangan DUN, minggu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, notis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu dikeluarkan hari ini dan beliau diberi tempoh dua hari sehingga Khamis ini untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Beliau berkata, polis memulakan siasatan pada 1 April lepas setelah menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung dakwaan Ngeh itu.

Polis telah merakamkan keterangan daripada lima individu termasuk pengadu dan wakil media, katanya dan menurutnya siasatan dibuat mengikut Seksyen (1)(a) Akta Hasutan 1948.

"Langkah seterusnya, kita memanggil Yang Berhormat (Ngeh) untuk beri keterangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Cegah Jenayah Ketua Polis Perak Bersama Penduduk Kampung di Buntung di sini hari ini.

Ngeh mengeluarkan kenyataan itu semasa menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung pada 30 Mac lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan