PM Tak Perlu Runding Dengan NGO Untuk Lantik Jawatankuasa Pemilihan Suhakam

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri tidak perlu berunding dengan badan bukan kerajaan (NGO) ketika melantik tiga orang bagi menganggotai Jawatankuasa Pemilihan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata menurut Seksyen 11A Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2009, anggota jawatankuasa itu terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara sebagai pengerusi, pengerusi Suhakam dan tiga orang daripada kalangan orang terkemuka yang dilantik oleh Perdana Menteri.

"Tiada peruntukan dalam akta itu yang mengatakan bahawa Perdana Menteri perlu berunding dengan NGO terlebih dahulu," katanya ketika mejawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang ingin tahu mengapa Suhakam menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan tanpa berunding dengan NGO terlebih dahulu.

Liew berkata pemilihan juga berpandukan kepada Prinsip-prinsip Paris 1992 yang menyediakan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas.

Mengikut prinsip itu, mereka yang dipilih adalah daripada NGO yang terlibat dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan menentang isu-isu diskriminasi seperti isu perkauman. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan