Perkasa Hadiahkan Buku Perlembagaan Malaysia Kepada Dua Pemimpin Gerakan, MCA

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buku Perlembagaan Negara berbahasa Malaysia akan dihadiahkan kepada dua pemimpin Gerakan dan MCA ekoran kenyataan mereka yang melabelkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai sebuah pertubuhan bersifat perkauman dan berhaluan kanan.

Ketua Wira Perkasa, Aman Azha Abu Hanifah berkata, pihaknya akan menyerahkan buku tersebut kepada Datuk Teng Hock Nan dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June dalam masa terdekat.

Katanya, tindakan itu atas dasar niat suci sebagai rakyat negara ini yang mementingkan Perlembagaan.

"Tiada gunanya kita berbalah dan bertegang urat. Mungkin mereka tidak memahami mengenai Perlembagaan ini dan menyebabkan mereka membuat kenyataan sedemikian.

"Tujuan kita untuk menghadiahkan buku itu adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang lain memahami Perlembagaan Negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kata Aman, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap warganegara Malaysia untuk memahami Perlembagaan dan mempertahankannya tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Menurutnya lagi, kenyataan dua pemimpin itu langsung tidak menzahirkan keseluruhan komponen parti yang diwakili mereka dan tindakan kedua-dua pemimpin tersebut seolah-olah menggambarkan keseluruhan parti.

Dalam pada itu, Aman berkata, pihaknya akan melancarkan kempen kutipan derma bagi mengumpul dana untuk membeli buku Perlembagaan bagi membolehkan pertubuhan itu mengedar buku tersebut kepada yang tidak memahami kandungannya.

"Ini satu usaha murni kita bagi membantu sesiapa sahaja rakyat negara ini tidak kira kaum dan agama yang tidak memahami mengenai Perlembagaan.

"Mereka boleh mendapatkan buku tersebut daripada kita secara percuma," katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, Wira Perkasa akan membuat satu laporan polis esok terhadap Karpal Singh ekoran pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan menghina Perkara 153 Perlembagaan.

"Kami ingin membuat laporan polis kerana beliau adalah seorang yang cukup berpengalaman dalam hal Perlembagaan.

"Seorang yang tahu mengenai undang-undang dan masih mengamalkan undang-undang tidak sepatutnya menghina apa jua perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan ini," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan membuat laporan polis itu pada jam 10 pagi esok di Balai Polis Sentul dan menyeru rakyat negara ini supaya membuat perkara sama.

Semalam dalam sebuah akhbar Karpal mempersoalkan bila warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Karpal, konsep 1Malaysia perlu diimplikasikan dengan kuantiti tanpa sebarang diskriminasi kaum.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan