Perisik Israel: KPN Minta Anwar Kemuka Bukti

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Musa yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut berkata, polis akan membuka kertas siasatan sebaik sahaja mendapat maklumat lengkap daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Adalah penting untuk kita mendapat segala maklumat terlebih dahulu sebelum kertas siasatan dibuka, kalau tidak macam mana kami nak siasat," katanya.

Anwar semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat, di sini hari ini mendakwa antara lain pembabitan ejen Isreal itu adalah menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan