Penyusunan Semula Gaji Posmen, Kerani Pos Mulai Julai

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyusunan semula tangga gaji dan elaun hampir 2,000 posmen dan kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain akan berkuatkuasa Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata penyusunan semula yang sudah mendapat persetujuan kerajaan itu akan diumumkan Pos Malaysia Bhd selepas urusan pentadbiran dan penstrukturan semula selesai.

"Seperti yang diketahui umum gaji pokok posmen sekarang ialah RM610 sebagai permulaan dan RM710 untuk kerani pos, itu boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan.

"Dengan dasar untuk menyemak semula gaji ini dan beberapa elaun pokok maka dapatlah dianggap bahawa para posmen serta kerani pos kita nanti sejajar pendapatan mereka dengan mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di Istana Budaya di sini, hari ini.

Rais berkata penstrukturan itu akan disokong dengan kenaikan harga setem serta kos penghantaran surat dan bungkusan ke luar negara dan di dalam negara, berkuatkuasa Julai ini.

"Sejak 1992 tidak ada kenaikan berhubung dengan setem dan juga penghantaran barang melalui pos. Harga setem kita adalah yang termurah dalam dunia menyebabkan Pos Malaysia terpaksa menggunakan RM32 juta dalam bentuk subsidi kepada pihak luar apabila surat dihantar ke luar negara atau masuk ke negara kita," katanya.

Beliau berkata kenaikan harga setem tidak akan membebankan pengguna yang menghantar surat biasa di dalam negeri melalui penggunaan aerogram atau 'surat rakyat' yang lebih murah.

"Penghantaran surat biasa pada masa ini adalah 30 sen misalnya dan mungkin akan dinaikkan hingga 60 sen, tetapi rakyat biasa masih boleh menghantar surat mengikut kadar tidak melebihi 30 sen iaitu hantaran surat menerusi aerogram atau 'surat rakyat', akan terus diamalkan.

"Kita juga akan mengambil kira supaya kos penghantaran buku atau majalah yang mengandungi unsur pengetahuan perlu diberi beberapa pertimbangan atau pengecualian supaya kos untuk memperoleh punca-punca ilmu tidak tinggi dalam jangka panjang," katanya.

Rais berkata kenaikan harga setem dan kos penghantaran barangan itu mengikut kadar amat munasabah sejajar dengan amalan yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa termasuk Eropah, Jepun dan Korea. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan