Penduduk Asia Anggap Lebuh Raya Jalan Utama - Shaziman

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk Asia kini menganggap lebuh raya bertol sebagai jalan utama untuk menghubungkan sesuatu tempat ke tempat yang lain manakala jalan raya persekutuan dijadikan sebagai alternatif kedua, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada dialog antara menteri-menteri yang turut dihadiri Timbalan Menteri Filipina dan Indonesia, sempena Persidangan Lebuh raya dan Pameran Plus 2010.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri dialog itu di sini hari ini, Shaziman berkata ketika lebuh raya pertama dibina di negara ini, kerajaan berhasrat untuk menjadikannya sebagai jalan alternatif untuk memberi keselesaan dan menjimatkan masa pengguna jalan raya.

"Tapi hari ini saya sendiri kalau hendak balik ke kawasan saya di Tampin, saya tidak akan terfikir akan gunakan jalan persekutuan, saya akan pastikan guna (Lebuhraya) Plus.

"Jika berlaku sesuatu di Plus menuju ke selatan, ke Tampin misalnya ada kemalangan dan jalan tutup, baru saya terfikir yang mana alternatif lain. Pemikiran rakyat Malaysia hari ini ialah lebuh raya itu utama, jalan raya persekutuan itu yang kedua," kata beliau.

Perkara lain yang turut disentuh pada dialog itu adalah cadangan supaya harga tol yang dikenakan untuk lebuh raya baru pada masa akan datang dapat diseimbangkan dengan cara menjalankan projek pembinaan yang bersesuaian di sepanjang lebuh raya itu.

"Pihak kerajaan boleh memikirkan sekiranya ingin mengenal pasti kawasan-kawasan yang dirasakan berpotensi sepanjang lebuh raya baru itu untuk dibangunkan dan diambil kira keuntungan itu untuk dimasukkan dalam kos pembinaan lebuh raya baru supaya tol yang bakal dikenakan kepada pengguna dapat direndahkan," katanya.

Selain itu Shaziman berkata ketika ini kemudahan institusi pinjaman untuk membina lebuh raya juga adalah tidak bersesuaian kerana pembayaran maksimum adalah sehingga 30 tahun sahaja, sedangkan jangka hayat lebuh raya boleh mencecah sehingga 100 tahun.

"Jika ada modal-modal kewangan yang boleh melanjutkan pinjaman untuk membina lebuh raya ini dipanjangkan, katakanlah sehingga 70 tahun, pada masa akan datang syarikat yang mengusahakan lebuh raya bertol boleh memberikan caj tol yang lebih murah kepada pengguna," katanya.

Menurut Shaziman peserta delegasi dan timbalan menteri negara Asia yang hadir juga mengkagumi dasar pengambilalihan tanah untuk pembinaan infrastruktur lebuh raya di negara ini.

"Di Malaysia sekali kerajaan sudah wartakan kawasan ini untuk didirikan lebuh raya, maka segala pembinaan di kawasan itu akan dihentikan dan kalau ada perbezaan pendapat dari segi harga tanah itu, ia boleh dipertikaikan di mahkamah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan