MCA Turun Padang Bantu Calon BN - Tiong Lai

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN), yang dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, berkempen, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya jentera MCA akan turun padang memberi penjelasan berkaitan isu semasa termasuk konsep 1Malaysia kepada pengundi di kawasan parlimen itu.

"Ramai pemimpin MCA akan turun padang memberi sokongan dan kita akan turut sama memberi penjelasan dan berinteraksi dengan pengundi tentang 1Malaysia serta perubahan-perubahan yang telah kita capai selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 April sebagai hari penamaan calon manakala 25 April hari mengundi.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan, yakin BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi itu.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri hanya wakil rakyat yang cemerlang sahaja dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13, Liow yang menyifatkan saranan Najib sebagai tepat berkata: "Bagi MCA pun, kita kena kenal pasti mana-mana calon yang benar-benar dapat sokongan rakyat dan kita akan buat analisis sebelum kita calonkan sesiapa pun." - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan