Ketua Angkatan Muda PKR Disebut Calon Hulu Selangor

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengesahkan bahawa nama beliau adalah antara lima orang yang disenarai pendek oleh kepimpinan parti bagi bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Bagaimanapun keputusan mengenai calon yang terpilih terserah kepada pucuk pimpinan parti," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat di sini.

Semalam Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, kepimpinan parti telah menyenarai pendek lima nama sebelum memutuskan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu pada 25 April ini.

Pada majlis itu, Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menyatakan sokongan terhadap Shamsul Iskandar atau mana-mana calon yang dipilih oleh kepimpinan PKR nanti.

Mereka juga mengulangi komitmen parti masing-masing untuk mengekalkan status quo dengan memberi laluan kepada PKR untuk bertanding kerusi parlimen itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat Hulu Selangor daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac kerana barah otak.

Penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah pada 17 April. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan