Kami Bergerak Sebagai Satu Pasukan Di Hulu Selangor: TPM

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Barisan Nasional akan mengambil pendekatan baru dalam menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini dengan semua komponen partinya bergerak sebagai satu pasukan supaya mereka tidak terasing, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya selaras gagasan 1Malaysia, BN harus berdiri atas satu platform yang sama serta bercakap dengan nada yang sama.

"MCA dengan Cinanya, Umno dengan Melayunya dan MIC dengan Indianya kadang-kadang menimbulkan anggapan, walaupun BN itu BN, tetapi seolah-olah parti komponen BN menjurus kepada melayan kehendak kaum masing-masing sahaja.

"Jadi untuk memperbaiki lagi kedudukan kita, BN akan amalkan format sebegini di mana-mana majlis ceramah dan pertemuan masyarakat," katanya kepada wartawan Malaysia yang berada di sini untuk membuat liputan mesyuarat ke-184 Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) yang bermula hari ini di ibu pejabat Unesco di sini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, mewakili Malaysia ke mesyuarat itu.

Beliau berkata peringatan telah diberi sepanjang masa kepada kepimpinan parti-parti komponen untuk memelihara perpaduan serta kerjasama antara mereka supaya tidak menjejaskan kedudukan BN.

Muhyiddin berkata anggota parti komponen BN harus membantu calon yang bakal diumum oleh pucuk pimpinan pada 15 April nanti serta menerimanya dengan baik.

"Prinsip biasa yang kita gunakan ialah untuk menerima calon bila pucuk pimpinan telah membuat keputusan. Calon penting tetapi parti pun penting, jadi kita hendak supaya BN diutamakan," katanya.

Beliau berkata anggota parti juga harus bekerja keras dan tidak mengambil mudah apa memandangkan setiap pilihan raya kecil mempunyai cabaran yang lebih daripada biasa.

Namun, katanya, isu dan masalah yang dihadapi oleh parti komponen BN tidak seteruk seperti yang dialami oleh pakatan pembangkang sekarang dan tidak akan menjadi satu halangan atau gangguan besar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan