Kabinet Tubuh Jawatankuasa Khas Antara Agama

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas antara agama bagi memupuk kefahaman antara penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, jawatankuasa berkenaan hanya akan dianggotai oleh wakil semua agama tanpa campur tangan mana-mana ahli politik.

"Jawatankuasa ini akan melibatkan ketua agama, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan agama dan juga jabatan kerajaan berkaitan seperti Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia dan juga IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia).

"Tiada penglibatan ahli politik kerana kita tak mahu perbincangan mengenainya dipolitikkan, tapi ini tidak bermakna kita tak percaya ahli politik," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Jelasnya lagi, jawatankuasa berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan perkara yang berkaitan hal perundangan.

"Ini bukan struktur yang melibatkan hal perundangan, ia hanya kerangka kerja yang akan berfungsi sebagai medium penyatuan.

"Kita tak mahu panggil sebagai majlis antara agama, tapi hanya jawatankuasa khas untuk cari jalan penyatuan dan wujudkan suasana harmoni," katanya.

Sebelum ini, banyak pihak mencadangkan supaya satu majlis rundingan antara agama diwujudkan bagi membolehkan wakil agama berbincang dan mencari kesefahaman berhubung pelbagai isu pada masa depan.

Isu berkaitan agama ini timbul apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Mengulas lanjut, Tsu Koon berkata, jawatankuasa itu akan berperanan di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional sebagai sekretariat dan akan melapor terus kepadanya sebagai menteri yang bertanggungjawab.

Menurut beliau lagi, Kabinet bersetuju melantik bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak bagi mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

"Kabinet sudah bersetuju untuk melantik Datuk Ilani sebagai koordinator bagi jawatankuasa tersebut," katanya sambil menyatakan keputusan mengenainya dicapai pada Januari lalu.

Tambahnya, idea penubuhan jawatankuasa tersebut adalah bagi memudahkan perbincangan secara tidak formal diadakan bagi memupuk persefahaman berkaitan pelbagai isu agama.

Ditanya sama ada penubuhan jawatankuasa berkenaan bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah, Tsu Koon berkata: "Bukan hanya satu isu, tapi ia melibatkan banyak isu yang memerlukan persefahaman antaranya isu perkahwinan campuran dan banyak lagi."

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan