Ilani Isahak Ketuai Jawatankuasa Antara Agama

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan melantik bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak sebagai pengerusi Jawatankuasa Antara Agama untuk mempromosikan persefahaman bersama dan harmoni di kalangan pelbagai agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, jawatankuasa itu yang ditubuhkan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi sebagai sekretariat, perlu melaporkan kepadanya, menteri yang bertanggungjawab dalam perkara ini sebelum beliau mengemukakan kepada kabinet.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang ditubuhkan Februari lepas membabitkan wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam (IKIM) dan Majlis Perundingan mengenai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois Malaysia (MCCBCHST).

Tidak ada anggota politik dilantik dalam jawatankuasa ini, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

"Mereka akan bertukar-tukar pandangan dan membincangkan isu serta mengelakkan sebarang salah faham dan salah tafsiran. Ini bukan satu struktur undang-undang, bukan struktur yang kaku...ini rangka kerja untuk menyediakan interaksi bagi pertukaran idea," tambahnya.

"Kita (kerajaan) tidak mahu menamakannya panel antara kepercayaan, tetapi sebuah jawatankuasa khas untuk mempromosikan persefahaman dan harmoni di kalangan penganut yang berlainan agama," katanya.

Koh berkata, isu yang akan ditumpukan perhatian oleh jawatankuasa itu ialah perkara berkaitan perkahwinan campuran, pertukaran agama dan penjagaan anak.

"Isu ini akan dikaji oleh pelbagai jabatan yang berkaitan melalui undang-undang dan peraturan sedia ada," tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan