Anwar Dakwa Ada Perisik Israel Dalam PDRM

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kononnya wujud perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pembangkang itu mendakwa beliau mempunyai maklumat yang disahkan oleh pegawai Unit Cawangan Khas Bukit Aman.

"Kerajaan tak iktiraf Israel, tapi sebaliknya bersekongkol dengan rejim Zionis itu.

"Ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing dan menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka," katanya ketika sesi perbahasan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini.

Pada sesi perbahasan itu juga Anwar telah menamakan satu syarikat yang menurutnya berpangkalan di Israel serta mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Sementara itu, pada sidang media di lobi Parlimen, Anwar berkata, penglibatan syarikat berkenaan adalah bagi menaik taraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

"Saya mahu mendedahkan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar daripada analog kepada digital telahpun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat milik penuh Asiasoft Pte. Ltd.

"Asiasoft didaftarkan di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC dan ia berpangkalan di Israel," dakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Katanya lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini pernah dimaklumkan mengenai perlibatan ejen berkenaan melalui syarikat itu.

"Pada 25 November 2008, Menteri Dalam Negeri ketika itu diberi taklimat di bilik VIP KLIA pada pukul 4 petang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh polis khususnya Jabatan Logistik dan Cawangan Khas.

"Kemudian antara November dan Disember, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis yang bertanggungjawab dan disiasat oleh 'ASP Saerah'.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindahkan ke Taiping, kes itu pun jadi perlahan," dakwa Anwar lagi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan