Akta Kawalan Harga Dan Percatutan Dalam Proses Penilaian Terakhir

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Kawalan Harga dan Anti Percatutan 2010 yang kini dalam proses penilaian terakhir Jabatan Peguam Negara dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata akta ini dilihat mampu menghalang peniaga tidak bertanggungjawab daripada menggunakan alasan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenalkan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati.

"Selepas akta ini diluluskan, kita akan mempunyai masa 18 bulan untuk melaksanakannya dan satu jawatankuasa pemantau akan ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai setiap kali berlakunya kenaikan harga.

"Dengan adanya akta, apabila ada saja kenaikan, ada laporan, jawatankuasa boleh menilai dah boleh mengeluarkan arahan untuk menurunkan harga jika terdapat elemen kenaikan harga melampau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Keusahawanan Koperasi Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau juga berkata Akta Persaingan bertujuan untuk mengurangkan amalan kartel dan monopoli peniaga dalam perniagaan tertentu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen esok.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut meluangkan masa merasmikan 'Coop Medical Centre' yang pertama di Malaysia hasil usaha Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad.

Hospital berkenaan merupakan cetusan idea Yang Dipertua koperasi berkenaan iaitu Datuk Noraini Ahmad yang juga Anggota Parlimen Parit Sulong.

"Inisiatif koperasi ini harus dijadikan contoh oleh koperasi-koperasi lain dalam usaha menyediakan perkhidmatan perubatan yang baik untuk anggota-anggotanya.

"Usaha ini boleh diterjemahkan sebagai keusahawanan sosial, iaitu memaksimumkan keuntungan di samping tidak melupakan agenda utama sesebuah koperasi, iaitu menjaga kebajikan sosial ahli-ahlinya," kata Ismail Sabri.

Perkhidmatan pusat perubatan itu terbuka kepada semua anggota koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di mana ahli layak untuk menerima diskaun sehingga 35 peratus dan nasihat perubatan percuma.

Ismail Sabri turut mengingatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan taktik penghantaran SMS yang mengatakan penerimanya telah memenangi sejumlah wang tunai.

"Semalam saya telah menerima satu SMS mengatakan saya telah memenangi wang tunai sejumlah RM30,000 dan SMS tersebut meminta saya menelefon semula untuk keterangan lanjut.

"Rakyat diingatkan agar tidak mudah terpedaya dan saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya untuk siasat perkara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan