Akta Dipinda Beri Jakim Kuasa Dalam Persijilan Halal

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Perihal Dagangan 1972 akan dipinda bagi melantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pihak berkuasa kompeten dalam pengeluaran sijil halal, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini.

Beliau berkata pindaan itu akan memberi Jakim lebih kuasa dalam memastikan tiada restoran yang cuba mengaburi mata pelanggan walaupun mereka sebenarnya tidak memiliki sijil halal.

"Kalau dulu Jakim menumpang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk buat serbuan, pindaan akta ini akan beri Jakim kuasa buat pemeriksaan, rampasan, menggeledah dan memasuki premis-premis yang disyaki terlibat," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Taib Azamudden Md Taib (Pas-Baling) tentang langkah kerajaan mengatasi masalah restoran-restoran yang tidak halal tetapi cuba menarik pelanggan seperti dengan meletakkan pelayan bertudung, menggunakan kalimah Allah dan sebagainya.

Mashitah berkata selain itu, kerajaan turut melaksanakan kempen Satu Halal Satu Malaysia secara besar-besaran untuk menyedarkan orang ramai bahawa hanya Jakim yang layak mengeluarkan sijil halal.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol), Mashitah berkata pengguna harus diberi kesedaran untuk lebih peka dalam memastikan restoran atau premis yang dimasuki memiliki sijil halal yang dikeluarkan Jakim.

"Kita tidak boleh kata pelayan bertudung itu mengelirukan. Lesen halal pun tidak diwajibkan, hanya untuk tujuan komersial. Semak dahulu dan jangan terus anggap kalau letak ayat Al-Quran dan pelayan bertudung, restoran itu halal," katanya.

Terdahulu, Dewan Rakyat dimaklumkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang sebelum ini memiliki kuasa pensijilan halal, kini bertanggungjawab menumpukan program promosi dan peningkatan industri halal di peringkat antarabangsa.

Selepas kuasa tersebut diambil alih oleh Jakim pada 1 Ogos lepas, HDC kini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan menggunakan peruntukan yang diberi pada 2008 untuk membangunkan sistem halal dan promosi di luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan