Transformasi Ekonomi Negara Besar Ertinya - Najib

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha kerajaan melakukan transformasi besar terhadap ekonomi negara adalah satu perjuangan yang besar erti.

Perdana Menteri berkata ini kerana kerajaan tidak mahu Malaysia ketinggalan atau "tersangkut dalam perangkap" negara berpendapatan pertengahan.

"Jadi program transformasi ekonomi ini amat penting bagi kita untuk melakukan perjalanan ini," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini hari ini.

Najib berkata usaha melaksanakan transformasi terhadap ekonomi negara itu merupakan cabaran yang perlu dipikul bersama penjawat awam terutama selepas setahun beliau menerajui kerajaan masa ini.

Malah, katanya, Program Transformasi Kerajaan (PTK) yang telah diperkenalkan sebelum ini, merupakan satu cabaran bagi menggambarkan hasrat kerajaan dalam memenuhi jangkaan dan harapan rakyat.

Najib menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April 2009, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata dua lagi cabaran yang perlu dihadapi kerajaan ialah bagaimana menguruskan sebuah negara yang bukan sahaja terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya tetapi rakyat yang semakin kritikal terhadap pelbagai perkara.

"Kalau dulu tidak menjadi satu cabaran yang besar tetapi hari ini ia lebih diberikan perhatian oleh rakyat, soal pertukaran agama, kahwin cerai, soal mati hatta isu seperti kalimah Allah dan sebagainya.

"Ini merupakan satu cabaran yang amat besar yang perlu ditangani oleh kita. Ia (isu-isu seperti ini) sentiasa dalam perhatian dan pertimbangan kerajaan," katanya.

Beliau berkata cabaran lain ialah bagaimana untuk menguruskan sebuah masyarakat yang semakin hari semakin canggih daripada segi jangkaan dan harapan mereka.

"Jadi isu-isu seperti macam mana hendak uruskan keterbukaan umpamanya. Isu-isu seperti ini termasuk macam mana hendak menguruskan media baru dan sebagainya.

"Inilah matlamat dan landasan kita kerana untuk tahun mendatang ialah tahun pelaksanaan dan penyampaian. Inilah tanggungjawab kita bersama," katanya.

Najib berkata empat cabaran itu ada hubungkait dengan empat tonggak utama dan empat pendekatan atau kaedah yang telah beliau perkenalkan sebelum ini, dalam usaha membawa perubahan kepada Malaysia.

Empat tonggak tersebut ialah Gagasan 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (PTK), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Sementara, empat pendekatan itu ialah mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif, pantas membuat keputusan, mementingkan keberhasilan dan nilai pulangan yang maksimum daripada apa jua perbelanjaan kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan