Pindaan Akta Perketat Kawalan Kenderaan Asing Di Sempadan

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Peraturan kawalan kemasukan kenderaan asing ke negara ini akan diperketatkan apabila kerajaan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata melalui pindaan akta itu setiap kenderaan asing yang pertama kali masuk ke negara ini melalui pintu masuk sempadan wajib didaftarkan melalui sistem pengkalan data berkomputer.

Menurutnya langkah itu bagi membolehkan pihak berkuasa negara ini mengesan mana-mana kenderaan asing yang melakukan kesalahan melalui pangkalan data berkenaan.

"Kerajaan sedang menggubal pindaan akta ini bagi membolehkan peraturan lebih ketat akan dilaksanakan bagi mengawal kemasukan kenderaan asing melalui pintu masuk sempadan negara ini tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan operasi mengesan kenderaan Thailand yang menyalahgunakan permit kemasukan ke negara ini di luar kawasan yang dibenarkan iaitu dua kilometer dari sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok.

Solah berkata draf pindaan akta itu akan dibentangkan pada peringkat jemaah menteri sebelum dibawa ke Parlimen untuk diluluskan bulan ini.

Mengenai ada pemandu kenderaan yang menyalahgunakan permit lawatan di kawasan dua kilometer sempadan, beliau berkata pihaknya sedang membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Menurutnya kerajaan mengeluarkan permit khas kepada kenderaan itu bagi membolehkan penduduk kedua-dua sempadan berulang alik ke destinasi masing-masing sebagai lawatan sosial dan keluarga.

"Kita juga mewajibkan mana-mana kenderaan Thailand menggunakan permit tulisan rumi yang standard mengikut spesifikasi jabatan bagi memudahkan pihak kami membuat pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan