Pertumbuhan Ekonomi 4.5 Peratus Suku Pertama Tahun Ini Petanda Baik, Kata Husni

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Pertumbuhan ekonomi negara pada 4.5 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding suku pertama 2009, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Peningkatan ini adalah turutan daripada unjuran suku keempat 2009 yang menunjukkan perkembangan 4.5 hingga 5.5 peratus, katanya.

"Saya yakin unjuran ini akan menepati sasaran untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus tahun 2010," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis mengambil anak angkat di Kampung Baru Temoh di sini semalam.

Sejak tahun lepas, kerajaan memberi tumpuan untuk memastikan bajet dan dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mengurangkan impak daripada krisis ekonomi global.

"Pertumbuhan positif ini berjaya dicapai melalui beberapa inisiatif yang telah dilakukan kerajaan," katanya sambil menambah ekonomi negara menguncup lebih enam peratus bagi tempoh yang sama 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan