Mafrel Tak Layak Pantau Pilihan Raya

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) dicabar menyiasat dakwaan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu membuka pejabat sebagai bilik gerakan di Pejabat Daerah Hulu Selangor menjelang pilihan raya kecil kawasan Parlimen itu yang akan berlangsung pada 25 April ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, dakwaan itu amat berasas kerana didedahkan oleh seorang pegawai daripada pejabat Menteri Besar terbabit.

Beliau berkata, pegawai berkenaan menyatakan bahawa Khalid akan menggunakan pejabat tersebut sepanjang kempen pilihan raya kecil itu nanti.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor turut menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh kelmarin yang mendakwa Barisan Nassional (BN) telah memulakan kempen pilihan raya.

Katanya, dalam kes itu badan bebas itu telah bersikap berat sebelah kerana hanya menghentam BN dengan dakwaan yang tidak berasas.

“Sepatutnya Mafrel menegur kedua-dua sekali, bukan hanya BN, kerana dalam laporan akhbar yang sama, Menteri Besar turut mengagihkan geran tanah kepada penduduk, kenapa perkara ini tidak ditegur sekali?

“Di mana kredibiliti badan pemantau bebas mereka? Jadi untuk apa menteri besar mahu tubuhkan pejabat di Hulu Selangor? Saya cabar Mafrel siasat dakwaan ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kelmarin, Pengerusi Mafrel mendakwa, BN melanggar Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung

Badan bebas itu mendakwa BN telah melanggar peraturan pilihan raya kerana meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah bagaimanapun pada masa yang sama Pakatan Rakyat (PR) turut mengagihkan bantuan kepada penduduk Hulu Selangor.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula peranan badan tersebut kerana menyifatkan Mafrel tidak layak menjadi pemantau bebas pilihan raya.

Jelasnya, tindakan Mafrel menuduh BN melanggar peraturan pilihan raya telah membuktikan badan tersebut bersikap berat sebelah dan jika benar dakwaan tersebut, Mafrel haruslah membuat laporan polis dan bukannya kepada SPR.

“Salah atau tidak kalau saya sebagai Menteri Pertanian memberi sumbangan kepada penduduk? Adakah semua majlis sumbangan kepada penduduk di Hulu Selangor harus dihentikan sedangkan program tersebut sudah dirancang lebih awal?

“Jadi jika mahu kritik, Mafrel harus kritik kedua-dua pihak, jangan jadi suara kepada pihak Pakatan Rakyat,” katanya. .

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan