Calon BN Di Hulu Selangor Diumumkan 15 April, Kata Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diumumkan pada 15 April, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dah putuskan calon terbabit dan memberitahu saya mengenainya, jadi ia akan diumumkan pada 15 April ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Petronas Malaysia di Litar Sepang, petang semalam.

Muhyiddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai calon yang terpilih, dan sama ada calon itu dari kalangan pemimpin tempatan dan sebagainya, bagaimanapun berkata: "Insyallah, ianya boleh diterima oleh rakyat tempatan".

Menyentuh mengenai lawatan sehari Perdana Menteri ke kawasan Parlimen Hulu Selangor semalam, Muhyiddin berkata Perdana Menteri memberitahunya 'mood' penduduk di kawasan Parlimen terbabit nampak bagus dan "nampaknya mood untuk kembali menyokong BN adalah lebih nyata dan jelas."

"Jadi kita mengharapkan akan berlaku perubahan momentum," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat akibat kanser otak pada 25 Mac lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 April sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 April. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan