Plus Bina Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya, Alor Pongsu, Bukit Gambir

Diterbitkan: Ahad, 4 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Plus Expressways Bhd, syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia, akan membina tiga persimpangan bertingkat bernilai RM250 juta di Sungai Buaya di Selangor, Alor Pongsu di Perak dan Bukit Gambir, Johor untuk kemudahan pengguna Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Ketua Pegawai Operasinya Nik Airina Nik Jaffar berkata kesemua projek itu dilaksanakan sebagai jalan alternatif bagi membolehkan pengguna menjimatkan masa serta memudahkan mereka untuk berulang alik menggunakan lebuh raya dalam urusan seharian.

Kerja-kerja pembinaan untuk kesemua persimpangan bertingkat itu dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun, katanya pada satu sidang akhbar di sini.

"Kesemua persimpangan bertingkat itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, tandas awam, kawasan meletak kenderaan dan lain-lain untuk memberi keselesaan kepada orang ramai," katanya.

Kerja pembinaan persimpangan bertingkat baru Sungai Buaya di kilometer (KM) 436 antara persimpangan Bukit Beruntung dan Rawang dijangka dimulakan pada awal tahun depan, katanya.

Pada ketika ini, katanya penduduk sekitar Sungai Buaya dan Sungai Choh terpaksa menggunakan persimpangan bertingkat Bukit Beruntung untuk memasuki Plus.

"Persimpangan bertingkat itu akan memberi manfaat kerana mereka dapat menjimatkan masa perjalanan antara 15 hingga 20 minit dan memendekkan perjalanan sehala mereka sehingga 16km," katanya.

Nik Airina berkata persimpangan itu juga bertindak sebagai akses alternatif untuk mengurangkan kesesakan trafik di Rawang.

Pembinaan persimpangan bertingkat Bukit Gambir, Johor di KM157 antara persimpangan bertingkat Tangkak dan Pagoh akan dimulakan Jun ini manakala persimpangan bertingkat Alor Pongsu, Perak di KM181 antara persimpangan bertingkat Bandar Baru dan Bukit Merah pada akhir tahun, katanya.

Nik Airina berkata Plus merancang untuk menambah baik dan menaik taraf kemudahan-kemudahan di sepanjang lebuh raya demi keselesaan pengguna.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, Plus Expressways juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan.

Ia termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan