Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugasan Guru Masih Dibincang - Alimuddin

Diterbitkan: Ahad, 4 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugasan guru di seluruh negara seperti yang diumum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih di peringkat perbincangan.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata perancangan itu akan dibentang kepada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam masa terdekat sebelum satu mesyuarat diadakan dalam tempoh dua bulan ini.

"Kita akan tentukan dahulu siapa anggota jawatankuasa itu, bidang kuasanya serta perangkaan kasar tindakan yang diambil kepada menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Penubuhan dan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Abdullah Mahmood.

Alimuddin yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Guru Malaysia Berhad berkata penubuhan koperasi guru itu membolehkan organisasi itu terus membela kebajikan 129,124 orang anggotanya.

Beliau berkata selain menjalankan perniagaaan, anggota koperasi turut memperoleh manfaat dari segi simpanan serta kemudahan melibatkan pinjaman peribadi, hartanah, saham atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Usaha menarik lebih banyak keahlian untuk koperasi akan dipergiatkan di maktab-maktab perguruan selain menghebahkan melalui pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan