TPM Tiba Di Kelantan Untuk Lawatan Kerja Sehari

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassintiba di sini hari ini dalam rangka lawatan kerja sehari di Kelantan.

Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Gong Kedak,Terengganu pada pukul 8.10 pagi dan menaiki helikop teruntuk ke Sekolah Menengah Sains Machang di sini.

Sebaik tiba di bandar Machang, Muhyiddin bersama isteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bertolak ke Stesen Kereta Sewa Machang untuk bersarapan bersama pemimpin tempatan, NGO dan penduduk setempat di stesen berkenaan.

Selepas itu, Muhyiddin dijadual mempengerusikan mesyuarat Perhubungan Umno Kelantan manakala isterinya akan melawat Hospital Machang pada 9.30 pagi. Muhyiddin dan isteri dijadual ke Sekolah MenengahKebangsaan Hamzah1, di sini untuk merasmikan majlis Juara Rakyat dan penyerahan bantuan wang ihsan pada 10.30 pagi.

Kedua-dua mereka kemudian akan meneruskan lawatan kerja di daerah Bachok pada sebelah petang, dimulai dengan Majlis Minum Petang bersama pemimpin tempatan di rumah rehat Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein di Perupok, Bachok.

Pada pukul 2.40 petang pula, Timbalan Perdana Menteri dijadualkan tiba di Kem Tangok, Bachok bagi menghadiri program Ko-kurikulum Peringkat Kebangsaan 2010, sebelum berlepas pulang ke ibu negara pada pukul 4.40 petang. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan