Semua Sekolah Diminta Titik Berat Langkah Pencegahan H1N1

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kementerian Pelajaran hari ini menasihatkan semua sekolah di negara ini terus mengambil

langkah pencegahan bagi mengelak penularan wabak H1N1 di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pihak sekolah sewajarnya mengambil

langkah pencegahan sebagaimana arahan yang dikeluarkan ketika penularan wabak itu tahun lepas.

"Arahan itu tetap sama dan saya minta pihak sekolah lihat pekeliling dan arahan yang dikeluar sejak

tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Gala Ko-Kurikulum Peringkat Kebangsaan

2010 di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tangok, di sini yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri

Muhyiddin Yassin.

Kementerian Kesihatan sebelum melaporkan terdapat trend peningkatan kes Influenza A H1N1 di negara

ini sejak tiga minggu lepas dengan purata 50 kes positif H1N1 dikesan setiap minggu.

Kluster gejala seakan influenza (ILI) tertinggi dicatat di Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior,

Pulau Dayang Bunting, Langkawi (48 kes), Sekolah Menengah Teknik Langkawi (43 kes), Purnama Beach

Resort, Pulau Pangkor (31 kes) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba, Langkawi (30 kes). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan