Rakyat Kelantan Perlu Sedia Hadapi Perubahan Baru

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Kelantan perlu bersedia menghadapi perubahan baru dengan menerima Barisan Nasional (BN) bagi mempastikan kebajikan dan pembangunan untuk Kelantan sentiasa terjamin.

Beliau berkata sebagai pemimpin daripada parti politik Melayu iaitu Umno beliau cukup sedih dengan tahap pembangunan yang diusahakan kerajaan negeri pimpinan PAS.

Selama ini kerajaan negeri hanya bergantung harap kepada peruntukan kerajaan pusat, yang dalam tempoh lima tahun sebanyak RM7.5 bilion disalurkan kepada Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-10.

Beliau berkata rakyat Kelantan sememangnya terkenal dengan sifat kerajinan mereka dan mempunyai potensi untuk maju.

"Tetapi ia tidak mencukupi kerana kurangnya usaha kerajaan negeri. Kelantan ini ramai Melayu. Saya juga Melayu Islam. Kita tidak mahu rakyat Melayu terasing.

"Tanggungjawab kerajaan negeri (pembangunan) tetapi semuanya diserahkan kepada Kerajaan Pusat," katanya semasa merasmikan program Juara Rakyat dan pemberian pertama wang ihsan yang dihadiri 5,000 pengunjung, di sini hari ini. Muhyiddin berkata kerajaan pusat berhasrat untuk membasmi golongan miskin tegar sehingga penghujung tahun ini dengan memberikan bantuan kepada golongan itu.

Namun, apa yang lebih dikesali, kerajaan negeri dilihat tidak mempunyai inisiatif untuk menjayakan hasrat kerajaan pusat dengan membantu 3,500 miskin tegar sebaliknya berharap kepada agensi pusat untuk menguruskan perkara itu.

"Ini komitmen pemimpin BN dan bukannya PAS. Dia tidak boleh abaikan kerana ini tanggungjawab kepada rakyat," katanya.

Muhyiddin turut mempersoalkan berapa jumlah yang telah diperuntukkan kerajaan negeri untuk menjaga soal kebajikan dan pembangunan untuk rakyat sedangkan dalam tempoh yang sama sudah berbilion kerajaan pusat memberikan peruntukan.

Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa pembangunan kepada negeri merupakan perkara yang dituntut oleh agama kerana ianya menjamin kekuatan rakyat itu dari aspek ekonomi yang sekaligus membolehkan rakyat berdikari, menunaikan ibadat dan menjaga keluarga. Malahan bagi Muhyiddin perkara yang ditekankan PAS adalah soal ukhrawi atau soal akhirat dan parti itu lebih rela membiarkan rakyatnya susah.

Muhyiddin juga kesal tindakan PAS membesar-besarkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan sedangkan kebajikan dan pembangunan untuk rakyat negeri itu terabai.

Beliau berkata Kerajaan Pusat telah merujuk isu royalti minyak itu dengan pakar undang-undang dalam perlembagaan dan sememangnya Kelantan tidak mempunyai hak untuk mendapatkan royalti minyak itu kerana kawasan carigali berada lebih daripada tiga batu nautika daripada persisiran pantai Kelantan.

Namun Kerajaan Pusat tetap memberikan wang ihsan sebagai ganti kepada bayaran royalti minyak kerana kerajaan mementingkan hal kebajikan rakyat negeri itu.

"Tidak kira apa nama sekalipun, wang ihsan atau royalti, ia adalah pitih (wang) rakyat perlukan bantuan dan kita hendak tolong. Jadi apa yang tok guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) cakap tidak mahu wang ihsan. Semua hendak wang ihsan. Ini soal nasib rakyat miskin, kita mesti tolong," katanya.

Katanya, pasti banyak lagi yang boleh diberikan kepada rakyat Kelantan jika mereka memilih untuk mendokong BN pada pilihan raya akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan