Rais Bangga Pencapaian Setahun Pentadbiran Najib

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mentadbir negara ini dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan sepanjang menerajui negara yang genap setahun hari ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berjaya sepertimana pentadbiran Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri kedua negara ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet di Angkasapuri di sini, semalam.

Rais berkata Najib telah mentadbir negara ini dengan mewujudkan ekonomi negara yang bernilai tinggi dengan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) baru-baru ini dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diterima baik rakyat dan sistem pentadbiran turun padang.

"Jadi banyak nisbah pemerintahan Najib mirip dengan gaya Allahyarham Tun Abdul Razak menjalankan kegiatan perjuangan dan pentadbiran negara...saya bangga berkhidmat di bawah ayahandanya dan juga Najib," katanya.

Beliau berkata Najib juga berjaya mewujudkan masyarakat tersusun dalam gagasan 1Malaysia yang diterima rakyat bahkan pembangkang sukar menangkis kepentingan 1Malaysia untuk semua kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata ia merupakan tahun yang mencabar, pada umumnya Najib melakukannya dengan baik.

"Dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi yang hebat, beliau begitu komited, kekal fokus dan tegas tapi tetap adil dan mesra,"katanya dalam satu kenyataan.

"1Malaysia, yang bersifat menyeluruh untuk perpaduan dalam kepelbagaian adalah tepat pada masanya bagi mengurus pendapat yang bertentangan dan entropi suara dalam masyarakat majmuk," katanya.

Koh berkata dasar "Rakyat Didahulukan" kini diamalkan melalui pengenalan dan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan(GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama kementerian (MKRA) kini merupakan konsep yang diterima dan menjadi sebutan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan