Najib Rai Genap Setahun Sebagai PM Di Hulu Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan genapnya setahun beliau menjadi Perdana Menteri hari ini dengan mengadakan lawatan bertemu rakyat di Hulu Selangor.

Lawatan itu, yang padat dengan pelbagai program, akan menyaksikan beliau bertemu dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk Hulu Selangor, yang bakal melalui pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Jadual padat Najib dimulakan dengan melancarkan Yayasan Kelana Ehsan dan menghadiri perjumpaan bersama warga FELDA di Dewan Serbaguna FELDA Sungai Tengi pada kira-kira 10 pagi.

Najib kemudian dijadualkan merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua FELDA sebelum singgah ke satu majlis kenduri perkahwinan di FELDA Soeharto.

Selepas itu, Najib akan menyertai penduduk tempatan menunaikan solat Zohor di Masjid Felda Gedangsa disusuli dengan majlis taklimat bersama jentera Barisan Nasional Hulu Selangor di Kuala Kubu Baharu.

Sebagaimana kelazimannya, beliau akan mengadakan tinjauan mesra di Kuala Kubu Baharu bersama-sama kaum Cina dan masyarakat Orang Asli diikuti dengan tinjauan mesra untuk bertemu dengan masyarakat India di Bukit Teratai.

Tradisi "turun padang", yang dipeloporinya pada hari kedua selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lepas, banyak bercirikan mesra rakyat dan dilakukan secara tidak formal.

Lawatan itu diadakan untuk beramah mesra dan berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah mereka.

Pada 4 April 2009, beliau memulakan tinjauan mesra ke Petaling Street, kawasan yang sinonim dengan majoriti penjaja Cina, sebelum melawat kawasan perumahan Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu dan mengunjungi deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields yang digelar 'Little India'.

Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Sempena setahun menyandang jawatan tertinggi negara, Perdana Menteri akan mengadakan majlis Tahlil di kediaman rasminya di Seri Perdana, petang ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan