Kerajaan Umumkan Satu Lagi Projek Perumahan FELDA Di Sg Dusun

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga FELDA untuk Gugusan Sg Dusun di daerah Hulu Selangor.

"Kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru yang tinggal di dalam rancangan yang memerlukan rumah kediaman," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, Najib yang mempunyai jadual padat di Hulu Selangor pada Sabtu telah merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto dekat sini yang merupakan sebahagian daripada Gugusan Felda Sungai Dusun.

Dalam kenyataan itu, Najib berkata projek yang akan dilaksanakan itu terletak di kawasan FELDA Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.

Najib berkata rumah yang akan dibina ini adalah berkonsep mampu milik terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik.

Harga setiap unit ditetapkan RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah.

"Warga peneroka boleh memiliki rumah melalui pembiayaan daripada institusi kewangan dan bagi mereka yang tidak mendapat pembiayaan, mereka boleh memiliki rumah melalui skim sewa beli,"katanya.

Beliau berkata projek perumahan ini adalah sebahagian daripada komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu generasi baru FELDA memiliki rumah yang selesa.

Hasil daripada jualan rumah ini tidak dapat menampung kos pembinaan dan kerajaan terpaksa membiayai kos infrastruktur berjumlah RM20,000 seunit yang terdiri daripada kos sistem kumbahan, perparitan, jalan, tiang lampu, tempat rekreasi dan seumpamanya," katanya.

Najib berkata sehingga kini kerajaan telah pun menyiapkan 1,357 unit rumah di empat lokasi dengan kos berjumlah RM54.8 juta dan telah diduduki oleh warga peneroka.

Sebanyak 1,326 unit lagi sedang dalam pembinaan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM118.8 juta dan dijangka siap secara berperingkat dalam tahun ini, katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa meneliti keperluan dan permintaan daripada warga FELDA untuk membina lebih banyak unit rumah di tanah rancangan selaras dengan iltizam kerajaan mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat rancangan di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan