Kanak-Kanak 11 Tahun Peserta Termuda Worldstar Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Worldstars-Road to Hollywood tahun ini dijangka lebih meriah dengan penyertaan beberapa kanak-kanak yang berusia 11 tahun untuk pelbagai kategori.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohammed Mohd Daud berkata ini adalah sesuatu yang baru kerana pada tahun sebelum ini hanya mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja layak menyertainya.

Mohammed berkata seramai 120 peserta dari seluruh negara telah dipilih untuk bertanding pada peringkat separuh akhir dan seterusnya seramai 50 peserta akan dipilih untuk ke peringkat akhir. "Peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 7 April di Amphitheater Kraftangan bermula pukul 3 petang dan peringkat akhir pada 10 April di Istana Budaya dari pukul 8.30 malam," katanya ketika ditemui di Istana Budaya.

Pertandingan yang akan ditaja buat kali ketiga oleh Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan dengan kerjasama Allstars Performing Arts ini turut disertai oleh beberapa artis terkenal antaranya Nadia, Mila, Nabil, Shahila dan Iz.

Mohammed berkata pengadil bagi peringkat akhir antaranya Deja Moss dan Noryn Aziz bagi kategori vokal, bagi kategori tarian adalah Rudy DeLuna dan Dayang Mariana, untuk kategori muzik diadili oleh Yazid Zakaria dan Louis Pragasam, kategori peragaan dihakimi oleh Tengku Azura dan Andrew dan bagi kategori lakonan diadili oleh Samantha Shubert dan Rosmina Tahir.

Pas masuk untuk menyaksikan pertandingan peringkat akhir akan diedarkan secara percuma di Istana Budaya bermula 8 April ini.

Pada tahun ini seramai 20 hingga 25 peserta akan dipilih daripada 50 peserta akhir untuk mewakili Malaysia dalam "World Championship of Performing Arts" (WCOPA) 2010 di Amerika Syarikat yang akan bermula pada 17 hingga 24 Julai depan.

Sementara itu peserta-peserta ini juga diberi penghormatan untuk membuat persembahan dalam San Pedro Jazz Festival di Los Angeles Harbor sehari selepas WCOPA. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan