Masalah Banjir Kampung Sentosa Selesai

Diterbitkan: Jumaat, 2 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Masalah banjir yang dihadapi penduduk Kampung Sentosa, Batang Kali di sini bakal diatasi apabila kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan.

Pengumuman berkenaan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendengar taklimat banjir di perkarangan Masjid As-Sajirin, Kampung Sentosa di sini hari ini.

Beliau sebelum itu turut menunaikan solat Asar di masjid berkenaan bersama penduduk kampung.

Muhyiddin berkata, kerajaan pusat memandang berat masalah banjir yang dihadapi oleh kira-kira 2,000 penduduk Kampung Sentosa.

"Kita faham masalah ini sudah dihadapi begitu lama oleh penduduk di sini, jadi saya harap dengan peruntukan ini, masalah ini akan dapat kita hapuskan sepenuhnya," katanya semasa berucap ringkas di sini hari ini.

Peruntukan RM2 juta itu adalah bagi menaik taraf pembentong sedia adaserta untuk kerja-kerja melebarkan sistem perparitan di sepanjang jalan kampung berkenaan.

Kali terakhir Kampung Sentosa mengalami masalah banjir adalah pada April 2009 dan mengikut rekod paras air tertinggi ketika itu mencecah kepada 1 meter.

Dalam taklimat oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Batang Kali itu, Muhyiddin turut menerima permohonan penduduk kampung bagi menaik taraf jalan raya sedia ada yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Bagaimanapun beliau berkata kerajaan pusat mahu menumpukan kepada langkah mengatasi masalah banjir yang membimbangkan.

"Masalah jalan kita boleh selesaikan kemudian dan ia boleh dibawa pada RMK-10 nanti.

"Sekarang kita fokus kepada usaha atasi banjir dahulu," katanya yang turut mengarahkan JKR supaya menjalankan kerja menaik taraf berkenaan dengan segera.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan