BN Akan Lebih Ofensif Di Hulu Selangor - Noh

Diterbitkan: Jumaat, 2 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan lebih "ofensif" (menyerang) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana parti itu mempunyai banyak "modal" untuk menyerang pakatan pembangkang yang kini memerintah Selangor.

"Dalam kempen (pilihan raya kecil) sebelum ini kita selalunya defensif... kali ini kita akan lebih ofensif untuk pecahkan tembelang pembangkang. Ini perlu untuk dedahkan kepada rakyat," katanya selepas mengikuti majlis ramah mesra Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama rakyat di Kampung Sentosa, Batang Kali di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengulas mengenai isu yang menjadi taruhan pada pilihan raya kecil itu yang diadakan ekoran kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Ditanya pemberita apakah isu yang mungkin digunakan pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil itu, Noh berkata: "apa isu pembangkang ada selain timbulkan fitnah".

Mengenai polemik calon di kawasan itu antara MIC atau Umno, Noh berkata siapa saja yang dipilih akan disokong jentera parti bagi memastikan kemenangan BN.

Secara tradisi, kerusi parlimen Hulu Selangor diwakili calon daripada MIC. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan