Saringan Dan Prosedur Pengeluaran Visa Perlu Diperketatkan - Musa

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses saringan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan bagi membendung kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia oleh sindiket antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasaan berkata usaha lebih tegas perlu diambil bagi menangani masalah jenayah merentasi sempadan dan keganasan dengan lebih berkesan.

Oleh itu beliau mengesyorkan supaya prosedur pengeluaran visa pelancongan perlu diteliti dan disemak semula bagi memastikan warga asing tidak menyalahgunakan kemudahan itu untuk melakukan jenayah.

Katanya ada di antara warga asing yang memasuki negara ini menggunakan pasport palsu sebelum ke negara ketiga.

"Saya telah maklumkan kepada kerajaan berhubung perkara ini sebab bukan semua pelancong yang datang ke negara ini untuk melancong," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persekutuan Polis Australia (AFP) di sini hari ini.

Musa menjelaskan jaringan kerjasama erat dengan semua negara termasuk Australia diperlukan bagi membanteras kegiatan pemerdagangan manusia, keganasan global, pengedaran dadah, jenayah siber dan komersial.

Katanya hubungan kerjasama antara PDRM dan AFP telah terjalin sejak 1970 membabitkan perkongsian maklumat perisikan, kepakaran, latihan serta bantuan peralatan dan teknikal.

Musa berkata hasil kerjasama dengan AFP itu telah berjaya menyelesaikan sebanyak 280 kes jenayah merentasi sempadan sehingga tahun 2008.

Katanya mesyuarat dua hala itu adalah susulan daripada perjanjian persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani pada 13 Mei tahun lepas pada Persidangan Ketua-Ketua Polis Asean (Aseana-POL) ke-29 di Hanoi, Vietnam.

Mesyuarat sehari itu turut dihadiri Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Craig Chittick, Pesuruhjaya AFP Tomy Negos dan Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun.

Pada majlis tersebut, PDRM turut menerima sebanyak 41 buah radar daripada AFP untuk dipasangkan pada kapal ronda milik Polis Marin di perairan Sabah dan Selat Melaka.

Radar jenis Northstar M121 itu merupakan model terbaru dan mampu mengesan kapal-kapal yang menggunakan kedua-dua perairan itu dari jarak sejauh 48 batu nautika. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan