Polis Siasat Pengerusi DAP Perak, Kata Ketua Polis Perak

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memulakan siasatan terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa persidangan DUN pada Selasa dan semalam.

Beliau berkata dua laporan telah diterima polis daripada orang awam yang meminta polis mengambil tindakan sewajar berhubung dakwaan Ngeh itu.

"Polis Perak telah memulakan siasatan di dalam kes ini di bawah Seksyen (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan mereka yang boleh membantu siasatan akan dipanggil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkfili menjelaskan kehadiran polis semasa persidangan itu berlangsung adalah di atas permintaan Speaker Datuk R. Ganesan bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam memandangkan kekecohan pernah berlaku pada persidangan DU Nsebelum ini.

"Pihak polis tidak berada di dalam dewan sebaliknya hanya berkawal di luar dewan dan perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyifatkan kenyataan Ngeh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan bahawa seolah-olah polis akan menembak sesiapa tidak disukainya, sebagai tidak bertanggungjawab dan jahat.

Kenyataan Ngeh yang menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung, dibuat selepas istiadat perasmian sidang DUN, semalam.

Ngeh dipetik berkata: "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan