Najib Umum Tiga Langkah Tambahan Elak Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mulai hari ini, tiga langkah tambahan akan dilaksanakan untuk meningkatkan integriti dan mengelakkan rasuah dalam urusan perolehan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kesemua pembida dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida dan pembida berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya.

Seterusnya, mereka perlu menandatangani teks perjanjian yg mengandungi klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan, tambah Najib.

Katanya, langkah itu adalah inisiatif tambahan Kementerian Kewangan yang telah pun mensyaratkan satu klausa khas berkaitan "Integriti Pact" dimasukkkan dalam semua teks perjanjian yang berkaitan dengan kontrak perolehan kerajaan mulai 28 Februari, 2009.

"Semua inisiatif ini dilakukan demi untuk memperbaiki dan memperkukuhkan tahap integriti dan ketelusan sistem perolehan kerajaan," katanya selepas melancarkan portal MyProcument, Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan di sini hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan