Matthias Chang Mula Jalani Hukuman Penjara Sebulan Di Penjara Kajang

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dibawa ke penjara hari ini bagi menjalani hukuman penjara sebulan selepas beliau enggan membayar denda RM20,000 kerana menghina mahkamah.

Peguam berusia 60 tahun itu, yang memakai sut kelabu, dibawa ke Penjara Kajang selepas perintah komital daripada Mahkamah Tinggi diserahkan kepadanya.

Terdahulu, beliau tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira 9.30 pagi bersama kira-kira 30 penyokong dan anggota keluarga.

Beliau dikenakan tindakan menghina mahkamah pada 25 Mac apabila enggan memohon maaf ekoran satu pertengkaran dengan hakim dan seorang peguam semasa disoal balas dalam prosiding saman fitnah yang dikemukakannya terhadap American Express (Malaysia) Sdn Bhd.

Chang menyaman American Express kerana memungkiri kontrak dan fitnah apabila kad beliau digantung sementara.

Mahkamah yang sama turut menolak saman itu pada hari berikutnya selepas mendengar keterangan saksi daripada kedua-dua pihak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan