Kajian Ubah Undang-Undang Buruh

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kajian terperinci perlu dilakukan sebelum melakukan perubahan dalam undang-undang buruh di negara ini bagi memastikan perubahan yang dilakukan tidak menjejaskan hak-hak pekerja.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin berkata sekiranya perlu membuat perubahan dalam undang-undang tersebut, perbincangan dengan pihak-pihak terbabit seperti persatuan-persatuan pekerja perlu diadakan.

Beliau juga berkata Malaysia perlu mempunyai satu sistem jaringan keselamatan sosial supaya perubahan yang akan dilakukan dalam undang-undang buruh tidak akan menjejaskan pekerja.

"Langkah melakukan perubahan dalam undang-undang buruh adalah tepat pada masanya berikutan perubahan keadaan semasa," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) kepada anggota Persatuan Ekonomi Malaysia mengenai cadangan yang dicadangkannya dalam Model Ekonomi Baru (MEB) di sini hari ini.

Mahani menjelaskan bahawa terdapat beberapa isu dalam undang-undang buruh di negara ini terutama yang membabitkan soal pemberhentian kerja.

Beliau berkata ketika ini proses pemberhentian kerja mengambil masa terlalu lama dan ia akan menjejaskan syarikat dan juga pekerja.

Mengenai cadangan memperkenalkan gred gaji minima, Mahani berkata ia adalah suatu perkara yang perlu dipertimbangkan.

"Ia perlu dilihat secara keseluruhan kerana kita tidak boleh ada gaji minima tanpa penambahbaikan produktiviti," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Innovation Associates (iA), Datuk Dr Hamzah Kassim berkata perubahan dalam undang-undang buruh di negara ini perlu dilakukan selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan industri-industri baru.

Semasa ditanya mengenai perlaksanaan MEB, Mahani yang juga anggota MPE Nmenjelaskan pada peringkat pertama ia lebih kepada mengumpul maklum balas dari semua pihak.

"Pada peringkat pertama, kita akan mengumpul pandangan semua pihak. Selepas itu, kita akan buat langkah-langkah dan perancangan terperinci (mengenai model itu) dan sekiranya ia diterima oleh kerajaan, baru ia dilaksanakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan