Gaji Minimum Mesti Berasaskan Produktiviti: Amirsham

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gaji minimum pekerja wajar berasaskan produktiviti bagi memastikan industri tidak hilang kelebihan saingan.

Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz berkata, kerajaan perlu bertindak secara bijak sebelum memutuskan gaji minimum bagi memastikan pertumbuhan industri tidak terjejas.

"Kerajaan perlu bertindak dengan bijak. Adakah mereka akan menetapkan gaji minimum tanpa mengira produktiviti? Saya percaya kerajaan tidak akan melakukannya, mereka mungkin membunuh industri," katanya pada taklimat media di sini semalam.

Amirsham mengulas gesaan beberapa pihak, termasuk CUEPACS, yang menggesa kerajaan menetapkan gaji minumum, dan menjelaskan mengapa gaji minimum tidak dimasukkan dalam Model Ekonomi Baru (MEB).

"Jika gaji minimum diputuskan tanpa sumbangan produktiviti, ia boleh menyebabkan bencana bagi ramai majikan, dan anda mungkin hilang saingan," katanya.

Menerusi MEB, NEAC mencadangkan penubuhan Dana Transformasi untuk meningkatkan produktiviti pekerja.

Dana itu boleh digunakan untuk membantu syarikat meningkatkan produktiviti pekerja.

Dana itu boleh digunakan untuk membantu syarikat meningkatkan kemahiran pekerja yang seterusnya boleh menyumbang kepada peningkatan gaji.

"Walaupun cadangan itu mungkin tidak selari dengan kerajaan, namun dalam kes ini, kami berkata demikian kerana jika ada gaji minimum, ia perlu berasaskan produktiviti," katanya.

Mengulas mengenai penyertaan Bumiputera, Amirsham berkata, MEB akan meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang pelaksanaannya.

Beliau berkata, MPEN akan mengkaji pendekatan terbaik yang boleh menyokong bidang ekonomi utama yang disasarkan dalam MEB.

"Dalam MEB, tidak ada kuota pemilikan, namun apa yang kami mahu lihat ialah kapasiti perniagaan Bumiputera disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan yang lebih baik.

"Sebagai contoh, pembiayaan dan akses Internet adalah antara bidang yang perlu ditingkatkan supaya mereka dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih baik dan operasi yang lebih cepat," kata Amirsham. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan