Bapa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung - Berita Semasa | mStar

Bapa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh sakit serangan jantung di sini malam tadi.

Abdullah Long, 80, menghembuskan nafas terakhir pada 10 malam selepas dua minggu dirawat di situ.

Anak keduanya, Datuk Najmuddin Abdullah, yang juga Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom Malaysia Bhd, bapanya dimasukkan ke hospital pada 23 Mac lepas.

"Bapa menghidap pelbagai penyakit termasuk sakit jantung dan beliau sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ramlah Uda, 73, dan lima orang anak iaitu Sahidah, Faezah, Dziyauddin, Saifuddin dan Najmuddin.

Jenazah Allahyarham disemadi di Tanah Perkuburan Islam Rawang pada 11 pagi tadi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan