Rakyat M'sia Lahir 1 April Akan Dapat Cenderahati Dari RTM

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang lahir pada 1 April layak menerima cenderahati istimewa daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena ulang tahun stesen televisyen itu yang ke-64 yang jatuh pada hari tersebut.

Mereka yang lahir pada 1 April boleh mengemukakan tarikh lahir ke Bahagian Komunikasi Korporat RTM dengan menyatakan nombor kad pengenalan atau MyKid bagi kanak-kanak.

Bahagian Komunikasi Korporat RTM juga boleh dihubungi menerusi talian 03-22887200.

Cenderahati istimewa ini boleh dituntut pada 3 dan 4 April bermula jam 10 pagi hingga 5 petang di Kompleks Angkasapuri sempena Karnival Sorakan 1Malaysia 1Dunia.

Karnival itu diadakan khusus bagi memeriahkan sambutan ulang tahun RTM yang ke-64.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan