PM: Ubah Persepsi Pengangkutan Awam Untuk Golongan Bawahan

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha menjayakan peningkatan penggunaan pengangkutan awam menuntut anjakan minda secara ketara di kalangan rakyat.

Perdana Menteri berkata yang paling utama adalah keperluan mengubah persepsi bahawa pengangkutan awam adalah bagi golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan.

"Saya kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan ada pihak yang tidak bermasalah untuk menggunakan pengangkutan awam bila berada di luar negara, tetapi bila di dalam negara sendiri tidak sanggup menaiki LRT atau bas kerana berpandangan bahawa kononnya ia kurang glamour ataupun tidak berprestij," katanya semasa melancarkan Tren 4-Gerabak 1Malaysia untuk laluan Kelana Jaya, di Depoh Subang RapidKL, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata mungkin ada faktor lain yang menyebabkan sikap ini seperti faktor cuaca dan liputan perkhidmatan yang kurang memuaskan. Namun, beliau berkata persoalannya adalah "jika perkara-perkara tersebut tidak menjadi perkiraan, apakah ada kesediaan dari kalangan masyarakat untuk berhijrah kepada pengangkutan awam daripada menggunakan kenderaan sendiri".

Najib berkata pada realitinya, peningkatan penggunaan pengangkutan awam amat bergantung kepada pembudayaan dan sikap yang seharusnya ada pada masyarakat, selain usaha kerajaan.

Perdana Menteri berkata rangkaian pengangkutan awam perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan bilangan penduduk dan kepelbagaian aktiviti di bandar.

"Bagi kerajaan matlamat atau sasaran utama ialah untuk meningkatkan peratusan (orang ramai) yang menggunakan pengangkutan awam kepada 25 peratus menjelang 2012, memperbaiki masa perjalanan, mempertingkatkan keselesaan dan kemudahan pengguna dan mempertingkatkan kebolehcapaian dan kesalinghubungan," katanya.

Katanya, Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan telah menggariskan beberapa bidang tumpuan dalam merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), untuk mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar dengan empat fokus utama antaranya meningkatkan kualiti perjalanan menggunakan pengangkutan awam bermula daripada pengguna melangkah keluar rumah sehingga tiba di destinasi akhir.

Untuk mencapai tujuan ini beberapa tindakan akan dilaksanakan, antaranya kapasiti KTM Komuter dan LRT akan ditingkatkan sebanyak 1.7 sehingga empat kali ganda, katanya.

Untuk tujuan itu, sebanyak 850 buah bas akan ditambah untuk meningkatkan liputan perkhidmatan sedia ada dan lebih 50 laluan baru akan diperkenalkan bagi menambah rangkaian hubungan seiring dengan pembangunan sebuah sistem pengangkutan bersepadu, katanya.

Beliau berkata selain itu, konsep satu tiket satu perjalanan, iaitu penggunaan satu tiket untuk semua bentuk pengangkutan awam, sama ada bas, LRT atau monorel akan diperkenalkan.

Selain itu, lebih 6,000 tempat meletak kereta di 14 stesen rel utama juga akan disediakan dan perkhidmatan bas pengantara akan dipertingkatkan lagi.

Tiga buah terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar bandar akan diwujudkan bertujuan mengehadkan kemasukan kenderaan berat ke kawasan perniagaan pusat (CBD). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan