Nabil Jeffri Dilantik Ikon 1Belia 1Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu go-kart, Nabil Jeffri yang menamatkan perlumbaan kejohanan Rotax Max World di Mesir tahun lepas dengan menduduki tempat ke enam, dilantik sebagai ikon 1Belia 1Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang membuat pengumuman itu di Putrajaya hari ini berkata, pemilihan itu bukan hanya berdasarkan kepada prestasi Nabil di litar, tapi juga di luar litar.

"Nabil bukan nama baru di arena lumba go-kart yang kompetetif dalam negara dan pernah memenangi banyak gelaran sejak mula bertanding secara kompetetif," katanya dalam stu kenyataan di sini hari ini.

Nabil, juara kategori remaja Kejohanan Rotax Max Challenge Malaysia dan juga Asia Max Challenge 2009, menduduki tempat keenam dalam perlumbaan di Mesir yang membabitkan 72 pemandu dari 60 negara, dan kini beliau sedang mengintai peluang untuk ke perlumbaan F1.

"Ia adalah satu penghormatan kerana dipilih sebagai ikon 1Belia 1Malaysia. Negara ketika ini sedang berusaha ke arah perpaduan dan kejayaan, jadi saya sangat bangga kerana dapat menyumbang ke arah itu," kata remaja 16 tahun itu.

Bekas pemandu F1 Alex Yoong merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk melancarkan perubahan dari aren go-kart ke perlumbaan kereta, dan beliau mengambil peranan sebagai jurulatih pemandu kepada Nabil, yang mendapat lapan A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, dua tahun lalu.

"Nabil merupakan pemandu yang baik dan bijak, namun pemandu baru perlu memastikan kemajuan positif dalam kerjaya perlumbaan mereka." kata Alex. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan