Majlis Peguam Hantar Memorandum Pada Polis Berhubung Insiden Penahanan Benjy

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Polis Diraja Malaysia kerana mendakwa seorang peguam dihalang melakukan tugas dan ditahan dalam insiden penahanan semula pelakon Khairyll Benjamin Ibrahim atau Benjy di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 25 Mac lepas.

Peguam terbabit, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy mendakwa, insiden itu berlaku di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran sejurus sahaja ibu Benjy, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty, selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.

"Kira-kira 10 orang berpakaian biasa mengerumuni saya serta anak guam saya dan mengarahkan beliau mengikut mereka.

"Mereka ini berkata mereka anggota polis tetapi tidak menunjukkan dokumen pengenalan atau bukti lain semasa menemui Benjy," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amer Hamzah berkata, seorang lelaki kemudian menunjukkan satu kad menyerupai kad pengenalan polis sambil memberitahu bahawa dia akan menahan Benjy semula untuk siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas).

Amer Hamzah turut mendakwa beberapa orang lelaki kemudian memegang tangannya dan menahannya supaya diasingkan daripada Benjy dan selepas itu barulah beliau dilepaskan setelah lelaki terbabit membawa Benjy ke ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Katanya, ekoran itu beberapa orang lelaki terbabit telah menahan dan menghalangnya daripada melakukan tugas sebagai peguam.

Seramai 50 orang peguam serta adik Benjy, Elza Irdalyna, berhimpun di pekarangan masuk ke Bukit Aman selama satu jam sejak 12 tengah hari bagi menyerahkan memorandum bantahan itu.

Memorandum itu kemudian diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Supritendan Anuwal Abdul Wahab. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan