Isteri Tan Sri Osman Aroff Meninggal Dunia - Berita Semasa | mStar

Isteri Tan Sri Osman Aroff Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Isteri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, Puan Sri Azizah Abdul Hamid, meninggal dunia akibat barah hati di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Allahyarhamah Azizah berusia 65 tahun.

Osman berkata isterinya dimasukkan ke HSB dua bulan lepas selepas mengadu buang air besar berdarah dan doktor mengesahkan arwah mengalami masalah usus dan perlu menjalani pembedahan segera.

"Semasa menerima rawatan di HSB, doktor telah mengesahkan isteri saya dijangkiti barah hati peringkat empat dan rawatan boleh dilakukan selepas luka di tempat pembedahan sembuh," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Osman berkata Allahyarhamah turut menghidap penyakit kencing manis.

"Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultanah kira-kira pukul 1.30 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kelubi, Jitra selepas Zohor," katanya.

Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu Jeffril, Rizal, Ileana dan Adzmin.

Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang keenam pada 28 Januari 1985, menggantikan Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabuddin yang meletak jawatan Menteri Besar Kedah pada 24 Januari 1985. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan